Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


.
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Waspada .. bila gunting rambut

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 24
Join date : 20/08/2009
Age : 51

Waspada .. bila gunting rambut Empty
PostSubject: Waspada .. bila gunting rambut   Waspada .. bila gunting rambut Icon_minitimeSat Aug 22, 2009 2:26 am

Waspada .. bila gunting rambut

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua (terutama kaum lelaki), berkaitan masalah penggunaan berus yang dibuat daripada bulu babi apabila mengunting rambut.

Baru-baru ini saya pergi kesebuah kedai gunting rambut (melayu Islam) dan apabila selesai mesin 'menyodok' no. 3 , kemudian tiba la bab nak cukur bahagian tepi muka. Pakcik tu pun celup la berus kecil ke dalam air untuk disapu ditepi muka untuk mudahkan proses mencukur.

Saya terpandang tulisan diberus kecil tersebut "PURE BRISTLE" made in China, saya terus mintak pak cik tersebut supaya tidak menyapu air dengan menggunakan berus tersebut. saya pun terus bagitau pakcik tu dengan penuh sopan santun (kan perangai org melayu nak tegur kena berhemah, takut tersinggung, walaupun perkara betul).

Aku kata kat pakcik tu, apa yang saya tahu, benda ni dibuat dari bulu babi, sebab ditulis dengan PURE BRISTLE. , pakcik tu terdiam sekejap dan dia terus ambil tissu dan celup dalam air untuk disapu ditempat yang hendak dicukur. "masuk adik ni, dah dua org bagitau pakcik tentang perkara ni', balas pakcik tu, sambil mencukur, alhamdullilah responnya baik. 'betul jugak, babi kita tak makan, tapi bulunya kita pegang, hari-hari, sambung pakcik tu. Terus dia ambil berus tersebut dan dicampak dalam tong sampah. Alhamdullillah, aku sebut dalam hati.

Moralnya berhati-hatilah apabila pergi ke kedai gunting rambut,
waspadalah apa sahaja peralatan yang digunakan
Back to top Go down
https://idamanonline.forumms.net
 
Waspada .. bila gunting rambut
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: JOM BERSEMBANG :: Keagamaan & Kerohanian-
Jump to: