MANUSIA AKHIR ZAMANIbnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang
berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala
buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka
tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan
pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati
kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau
engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat
padamu".
"Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan
mereka adalah bid"ah dan bid"ah di kalangan mereka adalah sunnah dan
tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui
bid"ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan
menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid"ah,
dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih".
Para sahabat bertanya, "Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, "Tidak"
Para sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka?" Nabi
menjawab, "Tidak" Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan
mereka?" Jawab Nabi, "Seperti ulat dalam cuka".
Para sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga
agama?" Jawab Nabi, "Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan
padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar".