Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


.
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 ANTARA 50 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 24
Join date : 20/08/2009
Age : 51

ANTARA 50 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP Empty
PostSubject: ANTARA 50 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP   ANTARA 50 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP Icon_minitimeMon Sep 07, 2009 12:16 am

ANTARA 50 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP


1. Sesiapa yang berwudhuk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwudhuk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap
hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan
daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam
dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi Muhamad S.A.W. membiasakan diri
dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan
yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan
di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun
hingga jumaat berikutnya - Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhamad SAW apabila berwudhuk, beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan
sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan : Aku lihat Nabi Muhamad SAW makan dengan 3
jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau
makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada
malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang
dihadapi oleh para nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air
dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

15. Perbaharui wudhuk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak
fadhilat. Hadis : Sesiapa yang berwudhuk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Daud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas
solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi
apa jua masalah.

17. Nabi Muhamad S.A.W seri ng menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir
dan doa seketika bersama makmum.

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

19. Nabi tidak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman.

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
solat subuh, Maghrib dan isya ALLAH akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana.

21. Nabi Muhamad S.A.W. seri ng beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. memohon ampun
(astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi
adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH
akan memeliharanya daripada sebarang ancaman mus uh serta bahaya
fitnah..

24. Apabila Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia dahulukan mengiring sebelah
kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung
(yang berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA.

26. Ketika Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh
tubuh) mohon perlindunganNYA) - Bukhari.

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH.

28. Wudhuk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwudhuk tanpa perlu
mandi wajib jika ingin tidur.

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya Syaitan yang
melalaikan.

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis : Sahabat melihatNabi
berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana
bimbang terdedah aurat) - Bukhari.

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada
baginda SAW.

32. Adakalanya Nabi Muhamad S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas
(mudah) - Abu Daud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati , sesiapa yang berhajat menemui Nabi
Muhamad S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70
kali sehari.

34. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. mohon ampun
(astagfirullahalaziim) tiga kali ? - Muslim. Dalam riwayat yang lain,
Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

35. Nabi Muhamad S.A.W. seorang yang berpsikologi dalam memberi
nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang .

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadis : Apabila Nabi
bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) - Abu Daud.

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.

39. Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku
sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari
kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis : nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.

41. Sesiapa yang seri ng mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH
akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis : Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis : Apabila kamu
sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda
penghormatan) - Muttafaq Alaih.

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tidak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun &
wabak penyakit berbahaya yang lain.

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi seri ng
melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda
syukur hamba terhadap ALLAH - Abu daud.

46. Membaca selawat 1,000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya.

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika
salamnya tidak berjawab, beliau beredar.

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib.

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis : Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.

50. Para ulama berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan
senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan
usaha yang berterusan.
Back to top Go down
https://idamanonline.forumms.net
 
ANTARA 50 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KESILAPAN MUSLIM DALAM BULAN RAMADHAN

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: JOM BERSEMBANG :: Keagamaan & Kerohanian-
Jump to: