.
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 KADAR TOL MUNGKIN RENDAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
lavania



Posts : 7
Join date : 22/05/2010
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

PostSubject: KADAR TOL MUNGKIN RENDAH   Sat May 22, 2010 1:47 am

PENGGUNA lebuh raya bakal menikmati kadar tol yang lebih rendah apabila kadar itu distrukturkan semula tidak lama lagi.


SUBANG JAYA - Pengguna lebuh raya di negara ini boleh mengharapkan berita gembira termasuk kemungkinan penurunan kadar tol apabila penstrukturan semula pakej tol diumumkan kerajaan tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mengikut perancangan, satu kadar tol yang lebih munasabah akan diperkenalkan di bawah penstrukturan semula itu.

"Penstrukturan semula kini dalam peringkat akhir dan mengikut prinsip (pakej baru itu) akan memberi kepuasan kepada pelanggan," katanya semasa berucap merasmikan bangunan ibu pejabat baru syarikat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Persada PLUS di sini semalam.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor.

Tambah Najib, selain perubahan dari segi kadar tol, penstrukturan terbaru itu juga mengambil kira aspek dan tanggungjawab syarikat pemegang konsesi untuk memastikan lebuh raya di bawah kendalian mereka tidak mengalami kesesakan.
Back to top Go down
View user profile http://www.lavania.webs.com
 
KADAR TOL MUNGKIN RENDAH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: JOM BERSEMBANG :: Politik & Issu Semasa-
Jump to: